Sunday, April 28, 2013

memikirkan idea utk karang novel yg ntah jd atau tak siapnya..waallahualam..


hai semua apa khabar? lama dah tk update blog ni..sbb malaz yg amat.. tak tahu apa nak jd dgn sy ni..huhu.. sy teringin nak karang novel tp banyak yang masih sangkut2 sbb tkda idea.. tapi sy akan berusaha semampu sy utk karang novel ni.. sy tak tahu nak tulis apa lagi.. tu je kot sy nak bagitahu.k la bye..insyaAllah kalau ada rezeki,umur panjang..sy akan update lagi di blog.. doakan sy dapat tulis sesebuah karang novel ( hancuss BM aku) *padahal BM masa SPM A..ish!! aween2..ngee~ tngk gaya penulisan aku ni..huhu.. bg sy,sy tak kisah la janji ada yang paham apa yg sy tulis ni kan..hee.. k la..assalamualaikum..

Tuesday, February 5, 2013

sahabat-sahabat

Alhamdulilah,akhirnya ada juga kesempatan ini untuk aku mengupdates blog. Nak cakap camne kan jarang untuk mengupdates blogs pon sbb assgnmnt,test,quiz n so on. hoho. So terbatas la utk aku nak updates ini.aku tak tahu nak update apa,so aku decide la utk  citer pasal sahabat handai aku.
hari ini aku ingin kenalkan sahabat handai insyaAllah dunia akhirat..

aku dah kenal mereka dari sem 1 lagi(diploma)..alhamdulilah 

mereka terdiri dari zety,amalina ahmad,ekin,lola,djah,yana(yg ada dlm gambar ini),farah,pyka,merissa,faz,ain syuhada,miwa,jue.milin,min,aziera,aisyah,asiah,(tkda dlm gambar ini). aku sgt happy bersama mereka.. teringat ketika mereka sambut hari lahirku yang ke-18,mereka sanggup tngglkan sekejap assgnmnt tertangguh,yg esoknya ada quiz yg ptt kena stdy mlm tu. mereka sanggup tangguhkan sekejap demi menyambut hari lahir aku dengan farah. sahabat aku farah adlin 19 dec. so nak dekat la dengan hari jadiku. aku happy sgt bile diaorng sudi menyambut hari lahir aku even aku marah sbb tak pernah org buat surprise baling tepung dgn air. ini kali pertama macamni. so sgt terkejut la.huhu. even aku marah2 diaorg,diaorg still ok.. meh!aku citerkan serba sedikit tentang sahabat aku ini..

ekin

Dia ini seorang agak comel a.k.a agak tembam sedikit but comel la. huhu.. maaf eqin,aku ceritakan sedikit pasal ko ni. hooho.. Dia ini seorang yang agak laser sedikit,lepas je cakapnya but she is still cover dia punyer cakap if someone halang dia berckp.. n then kalau korang nak tahu dia nk pandai lorh bile bab mengira2..kadang2 aku mintak tunjuk ajar ckit. manalah thu aku pandai mengira. honestly nak ckp yang aku lemah sedikit bab mengira ini,so aku kena banyak berurusan dengan org yang pandai kira-kira cam finance,mate,statisticn sbgainya. dia ini kalau aku ada masalah,dia sentiasa beri pendapat dan nasihat. thanks beb. hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa bersyukurnya aku dipertemukan dengan ko. i'm appreciate it.  alhamdulilah..


amalina jamzit



Dia ini kadang slow sikit but dia cepat tangkap balik if dia tak faham..  itulah amalina jamzit..huhu. aku dah kenal dia sejak sem 1 lagi. alhamdulilah..dia ini pandai menghiburkan aku if aku ada masalah ke. tp satu je perangai dia yg aku tak suka sbb bile aku citerkan masalah kat dia,dia boleh pulak buat kelakar tak bertempat. aku  lempang laju2 kang..hoho..


lola

dia seorang yg agak comel tp agak suka bergurau..itulah lola.. huhu.. dia ini suka je setiap kali jumpa aku je mesti cakap buat nada yg menjengkelkan(annoying) hoho..tp dia akan kata itu gurau sahaja. itu lah perangai lola.


*insyaAllah akan bersambung nanti..dah mengantok.. mahu tido dahulu..good nite..Assalamualaikum..
jgn lupa baca doa ..' bismika Allahuma ahya waamutu'. 






Wednesday, August 22, 2012

filem S.A.M

Assalamualaikum..hellu n selamat mlm la..eh! dah pagi lerr.. mata blom mengantok lagi..adoii..huhu..so utk menghilangkan bosan tak tahu nak wat pe,jd sy taip la citer mengenai S.A.M.. padahal assignment blom ku habiskan lagi..adoii..hee
petang tadi masa sedang beraya di rumah maklang ku,aku ada lah menyatakan sesuatu kt diaorang tentang 'jom tengok S.A.M ke or seram sejuk?' kepada kakakku n cousinku..n diaorang kata ok je tp pukul bpe?
aku jawab la kena tngk tgv dulu pukul bpe? n tngk ada kol 8.35 mlm..kami pergi la awal..

         lepas solat maghrib kami terus gerak menaiki kete ke jusco bukit tinggi klang( dlm lima belas minit baru sampai).. aku kata kt kakak aku n cousin aku, 'klu citer s.a.m tu dah full,kita tengok la citer seram sejuk ye'.. tp Alhamdulilah citer S.A.M masih ada lagi tp citer seram sejuk yang dah full..pelik2! best sgt ke citer seram sejuk tu? hee.mlz nak amik tahu..so g la tngk citer tu..bagiku memang sangat best..membuatkan kitaorang tertanya2 spe yg tidak berpuas hati dgn lisa dgn sam..memang best n bertambah best dengan lagu anuar zain tu..oh sweet meh citer tu cume sam tu psiko upanya..aku ingatkan haikal je yg psiko..erm..so,klu korang nak tahu,g la tengok citer tu sendiri k..

so ni lah sinopsis citer tu.. S.A.M




Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.
Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.
Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.
Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?





Monday, July 23, 2012

dugaan pershbtan

Assalamualaikum..hari ini tak thu nape sy sedih sgt dgn sifat dah kata2 seorg shbt sy ni..tk perlu sy mention cukuplah hanya sy pnggil saudara sesama islam.. sy sedih sgt waktu kami berbincang dr hati ke hati..apa yg tk puas hati.tk silap hri tu ..masa tu blom bulan puasa lagi rasanya. sy cakap la apa yg tdk puas hati ( sy tak bpe ingat). mybe sy tanya dia apa yg ko tak puas hati atau nk bgthu sy sejujurnya apa yg dia tak suka ttg sy.mybe tu kot sy tanyer dia cmtu.

n then dia cakap org lain( kwn sy) lebih memahami dia drpd sy memahami dia..bila sy mndgrnyer seriusly sy terasa sgt2 dgn kata2 dia.. subhanallah sy thu sy bukanlah kawn yg betul memahami dia.. sy tahu ku bukan kwn yg memahami dia tp tkpelah..sy bersangka baik dgn dugaan yg Allah s.w.t tetapkan utk sy.. sy tahu yg ALLAH s.w.t. nak uji sy dgn dugaan pershbtan ni supaya sy lebih sntiasa mengingati Dia..


" semoga sy sentiasa dikuatkan semangat dalam menempuh dugaan ni dgn seikhlas hatiku..insyaAllah amin"

ikhlas dr aween

Thursday, February 9, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

amin..suka dgn baris kata di atas..mybe bukan masa sekarang utk ku jatuh cinta pada someone..mybe suatu hari nanti..insyaALLAH..
ikhlas dari aween..

muhasabah diri



bersabar la dalam kehidupan..
dugaan demi dugaan mematangkan seseorangan dlm hidupnyer..
percaya dan sentiasa bersangka baik pada DIA..
insyaALLAH dipermudahkan segalanyer..........


senyumlah selalu kerana senyum itu sedekah..
senyumlah walaupun kata2 benci,umpat yang orang lemparkan pada kita..
n senyum itu penyeri wajah..huhu.. 

                                                                 -ikhlas dari aween-

Sunday, February 5, 2012

kata-kata semangat cinta.........


* ye aku akan kuat menempuh dugaan yg ALLAH tetapkan utk hambaNYA..insyaALLAH.. "YA ALLAH,bantu la aku di kala aku kesedihan dan peliharalah aku di kala aku kesenangan.."amin.

ikhlas dari aween