Saturday, June 25, 2011

Kekasih-Kekasih Dambaanku

tika saat membaca artikel ni,ku rasa air mata ku bergenang....sbb tulah sy share artikel ni bersama anda..suka sgt ni..tengoklah n bacalah..



Wahai pemilik cintaku
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu

Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?
Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu

Aku tahu..
Kami tahu..

Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?
Wahai bakal pendamping hidupku
Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah
Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya

Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?

*oleh itu,sy ingin mencintai seseorng kerana ALLAH s.w.t..buat masa sekarang,biarlah sy menumpukan masa sy terhadap pelajaran..cintaku hnyalah untuk-MU,YA ALLAH dan RASULMU..
baru la cintaku pd ibu-bapaku,adik beradikku,sahabat2ku,seluruh warga yg mengenaliku..
insyaALLAH jika hati kita baik,kita pasti akan dipertemukan dgn seseorng yg berhati baik..jika hati kita tdk baik maka akan dipertemukan dgn seseorng yg jgk tdk berhati baik..nauzubillah..jgn lah cmtu..hendaklah kita sentiasa mohon pd ALLAH s.w.t agar kita semua dipertemukan  dgn orng yg baik2..


ciri utama seseorang itu utk memilih pasangannyer adalah :.
~kerana agamanye,
~kerana keturunannyer,
~kerana rupanyer
~kerana kekayaanye..


faktor utama adalh kerana agamanyer..biarlah seseorng itu mendalami agama islam itu dgn sepenuhnyer agar bertambah kekuatan utk mencintai ALLAH s.w.t..yg kedua,kerana keturunanyer..biarlah seseorng itu dr keturunan yg baik2....yg ketiga,kerana rupanyer...biarlah seseorng itu mempuyai rupa yg sedap mata memandang...tidak perlulah muka yg handsome tetapi budi perkerti terlalu miskin..dan walaupun sederhana handsome tetapi budi pekerti itu terlalu kaya.. masha- ALLAH..yg keempat kerana kekayaannyer..walaupun dia kaya dgn harta tetapi biarlah dia lagi kaya ngn budi bahasa,sopan santun dan sopan berbicara..pandai menghormati orng tua,pandai menghormati kaum hawa dan biarlah dia menjaga kesihatan dgn TIDAK MEROKOK.....insyaALLAH..sampai sini dulu ok..berehat sebentar setelah penat menaip..huhu..lau ada umur panjng kita akan bertemu balik di blog Duniaween..insyaALLAH........wasalam...

No comments:

Post a Comment